AKAUN IALAH 1 BIDANG YANG LUAS


Tuesday, September 25, 2012

Hafal Format Penyata Kewangan, Aduh!


 selamat petang semuaaa..



Erm, satu topik yang menarik. Dunia ini ada 2 kumpulan manusia, kumpulan pertama, tak perlu hafal tapi boleh ingat, kita panggil sebagai genius; kumpulan satu lagi, hafal separuh mati tapi tak pandai ingat, kita panggil sebagai Sindrom Lupa-lupa (kurang kromosom yang tak tahu ke-berapa xp).
Selalunya guru meminta pelajar hafal format, beritahu lagi kepentingan menguasai format penyata kewangan, tapi selalunya hanya 2 3 orang saja yang dapat hafal. Macam mana dengan yang lain?

Cuba kita flash back, semasa guru kita suruh kita menghafal format, keadaannya macam mana?
'Kelas, mesti hafal, tak hafal tak boleh jawab SPM.;
'Cari jalan sendiri untuk hafal, kalau tidak sendiri susah nanti.';
Macam-macam lagi la kan. Tapi ada satu persamaan antara semua situasi ini, iaitu guru membiarkan pelajar menghafal! Guru tak kisah kita hafal macam mana, bila dan di mana, yang penting, bila dia mahu tanya, kita boleh muntah semula format itu. Betul kah, para pembaca?

Kumpulan genius memang tak ada masalah lah, suruh dia hafal satu kamus pun kacang saja. Tapi kumpulan Sindrom Lupa-lupa? Di sini lah sebenarnya peranan sebagai guru akaun perlu bertindak.
Hafal itu sebenarnya tak masalah bagi sesiapa pun. Cuma pelajar akan 'stuck' atau tersangkut pada tempat tertentu saja. Biarlah saya gelar tempat 'stuck' itu sebagai bottleneck. Bottleneck adalah tempat atau bahagian di mana pelajar rasa keliru ataupun ada perkataan baru yang dia tak pernah nampak sebelum ini. Cuba kita analisis sedikit di sini.

Katakan kita nak membantu pelajar menghafal format Akaun Perdagangan. saya pasti, semua pelajar memang expert sebelah kredit punya, betul kan? Kenapa? sebab cuma ada JUALAN - PULANGAN JUALAN - DISKAUN DIBERI sahaja! Memang semua boleh ni. Jadi kredit Ak PD selesai. Cuba tengok sebelah debit. Bagitahu debit mula dengan STOK AWAL, kemudian BELIAN - PULANGAN BELIAN - DISKAUN DITERIMA. Stop di sini sekejap. Tanya pelajar. Ada persamaan tak antara debit dengan kredit? Ada! Antonim ma kan? BELIAN x JUALAN, PULANGAN BELIAN x PULANGAN JUALAN, DISKAUN DITERIMA x DISKAUN DIBERI. Berikan dia sehelai kertas, suruh dia tulis semula setakat yang dia sudah tahu. Kalau OK, teruskan, kalau KO, cuba ulang semula proses. (kena ada kesabaran o...)
Saya percaya, di bawah Belian semua itu, sampailah bottleneck pelajar. Bagi pelajar, DUTI IMPORT, KOS BELIAN, KOS BARANG UNTUK DIJUAL, KOS JUALAN semua ini adalah haiwan yang paling ganjil di dunia. Jadi, di sini lah, guru perlu merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengatasi bottleneck mereka. Ada pelajar yang baik punya, dorang akan cipta sendiri untuk ingat, JANGAN menghalang, sebab itu adalah cara dia, yang penting dia dapat manfaatkan cara dia itu, kita sebagai guru sepatutnya jangan kritik dan jangan halang.
Jadi, macam mana mahu bantu mereka atasi bottleneck? Kalau rajin, ada seribu jenis cara, kalau malas, setengah cara pun tak ada. faham maksud saya kan? :)

Yang saya nak highlight di sini ada 2 perkara saja:
1) sentiasa bersama pelajar;
2) membuat analisis untuk mengenal pasti bottleneck bagi setiap tugasan dan rancang aktiviti untuk mengatasi bottleneck tersebut
Bagi pelajar pula, kena menggunakan kreativiti sendiri untuk membantu sendiri dan rakan-rakan mengatasi bottleneck. Pembelajaran secara berkongsi ilmu adalah yang paling seronok di dunia. Contohnya, mungkin boleh menggunakan teknik mnemonik untuk menghafal format. Boleh berjumpa denagn guru juga untuk membincangkan bottleneck itu.


BY : NUR SYAFIQAH MOHAMED ( DPA360294 )

 assalammualaikum..

   hai !! siapa minat dalam bidang perakaunan?? dan yang paling penting berminat lah nak menjadi seorang akauntan??? haa,, apa kata anda semua baca berkaitan akauntan di bawah..


   Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.


   Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi  pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

 Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.

   Kursus-kursus dan program perakaunan telah distruktur­kan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.

  Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang­-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

  Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya ber­keupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan har­tanah dan dunia pelaburan.
  
   Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.

BY: NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMED ( DPA360294 )


Friday, September 21, 2012

*•❤Bidang Perakaunan Banyak Cabangnya*•❤


     Assalamualaikum, 
       Hai saya nak kongsi cerita mengenai bidang perakaunan banyak cabangnya. harap semua mendapat tahu serba sedikit mengenai perakaunan kewangan ini.

       Secara umumnya dalam bidang perakaunan yang banyak cabangnya antaranya adalah perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian dan pengauditan. Perakaunan melibatkan aktiviti transaksi harian perniagaan seperti penjualan, pembelian, penerimaan dan pembayaran ke dalam akaun-akaun berkaitan.



Jadi, apa yang diperlukan untuk menjadi akauntan dan mengikuti kerjaya ini?

akauntan boleh mempunyai kepakaran analisis dan teknikal yang baik dalam sistem perniagaan. Bakat matematik yang baik juga perlu ada untuk menjadi seorang akauntan. Dan, kerana komputer kini salah satu medium yang digunakan dalam mengira, anda juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran operasi komputer.

 
Anda juga boleh meneruskan kerjaya sebagai akauntan ini jika anda mengikuti kursus perakaunan melalui pembelajaran jarak jauh atau melalui internet.

     selain itu juga, seorang akauntan memerlukan akreditasi atau lesen organisasi tertentu, seperti CPA dan harus mempunyai lesen oleh Lembaga Perakaunan Negeri. Kebanyakan syarikat juga memerlukan pekerja melengkapkan beberapa jam semester serta jam kerja, yang dipertimbangkan untuk ijazah sarjana muda. Jika ingin menjadi seorang akauntan awam, mestilah menjadi  sebagai pelatih setelah tamat pengajian. Untuk pelajar yang sudah tamat pengajiannya biasanya akan memulakan kerjaya  sebagai juruaudit dalaman yang rendah atau sebagai kos akauntan.
     Ia adalah disyorkan bahawa seorang akauntan perlu mempunyai ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan atau MBA kerana ia amat diminati oleh lebih banyak syarikat yang mencari akauntan sebagai sebahagian daripada pekerja-pekerja mereka.
       Sepanjang perjalanan kerjaya sebagai akauntan, boleh mendapat kenaikan pangkat seperti kedudukan ketua pegawai kewangan yang membentangkan banyak peluang yang lebih besar untuk kerjaya.
       selain itu juga boleh bekerja di pejabat perundangan. seorang akauntan boleh bekerja sebagai juruaudit, pegawai kewangan, penganalisis bajet, akauntan pengurusan, dan malah sebagai akauntan cukai.Kebanyakan syarikat yang mencari akauntan cukai akan lebih suka akauntan yang berlatar belakang undang-undang.
        Perakaunan forensik adalah satu lagi kerjaya yang menjanjikan peluang yang cerah untuk akauntan. untuk pengetahuan semua , yang berkerjaya sebagai perakaunan forensik akan menyiasat jenayah seperti penipuan dalam kewangan syarikat. Jika mempunyai kepandaian khusus untuk mengajar, kerjaya ini boleh mengajar subjek yang berkaitan dengan perakaunan di kolej. Ini adalah satu pilihan kerjaya yang hebat dan banyak akauntan merasakan bahawa kerja ini benar-benar dapat memberi kepuasan. Cuma ingat bahawa dalam profesion ini, hendaklah perlu bermula dengan perlahan. Jika baru memulakan kerjaya sebagai akauntan, cuba bermula sebagai pelatih dan membina pengalaman bekerja sehingga tercapai laluan kerjaya yang ingini.

Perakaunan atau kerjaya perakaunan adalah kerjaya yang menjanjikan banyak peluang yang hebat. Oleh itu, sesiapa yang berminat dalam bidang perakaunan ini pasti akan mendapat kejayaan dalam bidang Perakaunan.


sekian terima kasih,


create by : SAKILANIDAATIKA BINTI IMAM BASURI (DPA 360295)




Perakaunan Pengurusan dan Pengurusan Kewangan???!!!!


Chaaakkkk!!!!! hai semua,, bertemu kita lagi di sini,,, mesti sudah banyak anda tahu tentang apa itu perakaunan kan,,!!! ha,,, saya nk tambah la sikit tentang akaun nie,, dalam bidang akaun di alam pekerjaan nanti anda akan di dedahkan dengan bahagian-bahagian akaun antara yang utama ialah perakaunan PENGURUSAN dan perakaunan KEWANGAN... Perbezaan antara kedua-dua perakaunan ini ialah :

1) Pengguna maklumat
2) Penekanan terhadap masa
3) Releven dalam sesuatu data
4) Ketetapan data dengan ketetapan masa laporan
5) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit
6) Keperluan peraturan dan undang-undang

1) Pengguna maklumat
             Laporan perakaunan kewangan disediakan untuk pihak luar, sedangkan laporan perakaunan  
             pengurusan disediakan untuk pengguna dalaman.

2) Penekanan terhadap masa
              Perakaunan kewangan meringkaskan urus niaga lalu. Perakaunan pengurusan mempunyai orientasi 
              masa depan yang kukuh.

3) Releven dalam sesuatu data
              Data perakaunan kewangan perlu objektif dan disahkan. Akauntan pengurusan memberi tumpuan 
              kepada menyediakan data yang relevan walaupun ia tidak benar-benar objektif atau disahkan.

4) Ketetapan data dengan ketetapan masa laporan
              Perakaunan kewangan memberi tumpuan kepada ketepatan apabila melaporkan kepada pihak luar. 
              Pengurusan perakaunan pembuat keputusan membantu dengan memberikan anggaran yang baik 
              secepat mungkin dan bukannya menunggu untuk data yang tepat kemudian.

5) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit
              Perakaunan kewangan adalah berkenaan dengan pelaporan bagi syarikat secara keseluruhannya.  
              Perakaunan pengurusan lebih tertumpu pada segmen syarikat. Contoh segmen termasuk barisan 
              produk, wilayah jualan, bahagian, jabatan, dan lain-lain

6) Keperluan peraturan dan undang-undang
               Perakaunan kewangan mematuhi GAAP. Perakaunan pengurusan tidak terikat dengan GAAP.
               Perakaunan kewangan adalah wajib kerana pelbagai pihak luar memerlukan penyata kewangan 
               berkala. Perakaunan pengurusan tidak adalah wajib.

                                                                                               NOORAISHAH BT M. HUSSIN (360298)

Nurul Athirah Binti Mohd Atan


Assalamualaikum
Hai kawan kawan, saye Nurul Athirah binti Mohd Atan menuntut di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim dalam jurusan Diploma Pengurusan Perakaunan.

Kawan kawan tahu tak kenape saye mengambil keputusan untuk memilih jurusan perakaunan? Semuanya kerana saya amat berminat untuk menjadi seorang Pegawai Bank kelak.  

Insya-Allah... Hehe.. Moga angan-angan saye ini tercapai.
Tambahan pula, jurusan perakaunan ini menawarkan banyak peluang pekerjaan.  jadi tak adalah saye pening kepala nak cari sesuatu pekerjaan kelak..

kita hanya merancang , Allah yang menentukan.
tak salah kalau merancang untuk kebaikan masa hadapan kan . 
jadi tak payah takut untuk menceburi bidang perakaunan iyee kawan kawan .


PERKONGSIAN SAYA TENTANG AKAUN


HAI kawan-kawan,,bidang perakaunan merupakan salah satu bidang profesional yang paling tua di dunia ini.Setiap tamadun terkemuka baik baik tamadun Barat,China,India,mahupun Arab mempunyai peranan dalam kemajuan bidang perakuannya.Bidang perakuanan merupakan salah satu bidang yang merapatkan hubungan dengan kegiataan perdagangan dan juga perniagaan.Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta aggaran belanjawa, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.


Tanbahan pula,akauntan negara kita boleh menjadi ahli dalam Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau Kementerian Kewangan Malaysia.

Seterusnya,saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan saya dalam bidang akaun ini.Saya merupakan seorang pelajar jurusan sains tulen tetapi apabila tibanya keputusan untuk memilih bidang yang ingin saya teruskan untuk menuntut di kolej.Saya dapat idea why not me 'try accounts field and i take decision to get into this field with full of interest even i have dont have any basic'.Oleh hal yang demikian,saya menjurus diri saya dalam bidang akaun dan saya percaya bak kata pepatah kalau tak kenang,maka tak cinta dengan ini saya mula mencintai bidang akaun dan saya percaya atas kata pisiologi Inggeris Napeolen Ill "whatever mind conceives man can achieve" di mana saya menanam dalam diri saya akaun ialah satu bidang yang luas dan saya sedar bahawa peluang pekerjaan dalam bidang ini amat luas,bukan sahaja kita boleh bekerja bawah orang lain tetapi boleh membuka "firm" sendiri.

Jadi pendapat saya kepada rakan-rakan....sesiapa yang berminat dalam bidang akaun hanya juruskanlah diri anda dalam bidang ini.Saya tahu ramai berfikir...ehhhh..akaun ini susah lah,banyak kena kira tetapi pengiraan itu memang seronok dan otak kita akan set untuk mencari jawapan sehingga ke akhir calculation....Mari lah cuba cebur bidang ini,jangan risau tentang masa depan anda kalau ceburi bidang ini...masa depan memang terang-menderang.

written by:saraswathi(360297)



Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan



perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi.  hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.  apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanjawan supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan
Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:

Apakah tugas sebagai akauntan?
Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?
Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?
Apakah kelulusan untuk memohon akauntan?
Lepas belajar kerja dimana?
Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?
Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?

Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kerjaya Sebagai akauntan
Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Tugas Akauntan


  • · Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • · Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
  • · Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
  • · Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
  • · Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • · Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
  • · Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.

Kelayakan Am Pengajian
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.


NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ATAN (360292)©