Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Cerita saya mengenai peluang perkerjaan dalam bidang perakaunan tidak habis lagi. Saya ingin berkongsi lagi cerita ini kepada yang mengunjungi blog ini. Perakaunan
adalah merupakan satu bidang yang amat penting. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu
dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang
berminat menceburi bidang ini.
Perkembangan
yang pesat di sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini
membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan
teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah
organisasi.
Program sarjana muda perakaunan yang
ditawarkan oleh universiti atau instusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di
samping itu juga bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan,
sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan
yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti atau IPT berupaya
mengeluarkan siswa dan siswi bertaraf profesional di bidang perakaunan sepadan
dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah diklasifikasikan
untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan
serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya
dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai
akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau
swasta.
Antara kursus yang perlu
diambil semasa pengajian adalah perakaunan kewangan, perakaunan kos,
undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang
perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan,
pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem
maklumat perakaunan.
Lulusan
yang mengikuti program ini mempunyai berkeupayaan memulakan kerja sebagai
akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau
guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di
bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi
kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah dan
dunia pelaburan.
Dengan pelbagai kursus yang diambil semasa melanjutkan pelajaran di universiti atau institusi banyak pelung perkerjaan di sektor awam atau swasta. Dalam bidang perkaunan juga peluang perkerjaan yang paling utama adalah berkerja di bank. Tetapi tidak semestinya di bank sahaja di syarikat besar atau Kementerian Dalam Negeri juga banyak kerja yang boleh dilakukan tidak. Dalam bidang akauntan banyak cabang tidak semestinya menjadi seorang akauntan. selain menjadi akauntan , juru audit , kerani akaun dan lain-lain.
Antara ciri-ciri peribadi yang perlu ada dalam diri
seseorang ialah seperti berikut:
(i)
Berminat dengan profesion ini
(ii)
Berpengetahuan di bidang matematik
(iii)
Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan
perdagangan
(iv)
Mempunyai pengetahuan tentang komputer
create by : SAKILANIDAATIKA BINTI IMAM BASURI (DPA 360295)
No comments:
Post a Comment