AKAUN IALAH 1 BIDANG YANG LUAS


Friday, September 21, 2012

Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan



perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi.  hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.  apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanjawan supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan
Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:

Apakah tugas sebagai akauntan?
Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?
Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?
Apakah kelulusan untuk memohon akauntan?
Lepas belajar kerja dimana?
Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?
Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?

Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kerjaya Sebagai akauntan
Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Tugas Akauntan


  • · Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • · Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
  • · Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
  • · Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
  • · Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • · Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
  • · Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.

Kelayakan Am Pengajian
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.


NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ATAN (360292)©

No comments:

Post a Comment