Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yang sudi membuka blog kami. Dalam prospek kerjaya sebagai akauntan pemilihan dalam bidang perakaunan ini amatlah luas dalam bidang pekerjaan .Bidang perakaunan dipercayai profesion kedua tertua di dunia ianya boleh menyabarkan sayap yang luas dari pelbagai aspek pekerjaan.
TUGAN-TUGAS
AKAUNTAN
1. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan
kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
2. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah
percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai
cukai;
3. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
4. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
5. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan
langkah-langkah penjimatan kawalan kos.
6. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit,
menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang
disyaki dan lain-lain yang berkaitan dengan akauntan.
7. Menyelia pekerja lain.
ANTARA PELUANG PEKERJAAN BIDANG PERAKAUNAN
1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Bendahari
4. Setiausaha Syarikat
5. Juru Perunding
6. Penolong Akauntan
7. Kerani Akaun
2. Juruaudit
3. Bendahari
4. Setiausaha Syarikat
5. Juru Perunding
6. Penolong Akauntan
7. Kerani Akaun
CIRI-CIRI AKAUNTAN
Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan
sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. kebolehan memikul tanggungjawab
dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana
berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan
dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang
amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan
perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana
kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.
PROSPEK KERJAYA
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan,
badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan
dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment