ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Pada pendapat saya, Dalam dunia perakaunan terdapat pelbagai jawatan yang boleh kita duduki, ini menandakan bahawa pekerjaan dalam bidang akaun ini sangat meluas. tugas seorang akauntan semestinya amat rumit kerana ia telah melibatkan keluar masuk kewangan dan kerja ini amat berisiko tetapi tidak menghalang kepada siapa-siapa yang minat akan akaun.
tugas seorang akauntan adalah sangat berat, jadi kita memerlukan minat dan serta pengalaman untuk menjadi seorang akauntan. pada masa kini, kesemua pekerjaan memerlukan sekurang-kurangnya seorang akauntan yang mahir untuk mengawal kewangan sesuatu kerja itu.
Kebanyakkan pekerjaan dalam bidang akaun ini secara keseluruhannya melibatkan kewangan semata-mata. Akauntan memainkan peranan yang sangat penting dalam pekerjaan ini. tugas ini amat mencabar dan memerlukan akal fikiran yang kuat.
Pada masa kini, pasaran kerja untuk pekerjaan dalam bidang akaun terlalu luas ini kerana ramai graduan pada masa kini menamatkan pengajian mereka dalam bidang perakaunan. Lebih penting lagi, gaji yang ditawarkan kepada para akauntan adalah sangat tinggi.
Jika kita membuka perniagaan sendiri, kita juga boleh menggunakan perkhidmatan kita sendiri sebagai seorang akauntan. di sini, terbuktilah yang pekerjaan dalam bidang perakaunan adalah sangat luas.
No comments:
Post a Comment