AKAUN IALAH 1 BIDANG YANG LUAS


Friday, September 21, 2012

PERAKAUNAN BIDANG YANG SANGAT LUAS.

ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,


        Pada pendapat saya, bidang perakaunan ini adalah salah satu bidang yang terhangat di perkata kan pada masa kini. Ini kerana, bidang ini amat di perlukan pada masa kini.

         Bidang perakaunan merupakan salah satu pekerjaan yang amat di perlukan ketika ini. Apa- apa pekerjaan memerlukan seorang akauntan dalam suatu pekerjaan. Pekerjaan ini amat di perlukan untuk menyediakan pelbagai penyata tentang kewangan.

          selain daripada itu, seorang akauntan bukan sahaja tugasnya untuk mengawal kewangan atau membuat penyata kewangan sahaja tetapi, seorang akauntan juga boleh menjadi seorang penyiasat tentang kewangan.

          Di samping itu, tugas seorang akauntan juga ialah harus mengenalpasti di bahagian mana yang mempunyai kekurangan kos dan sebagai seorang akauntan, kita perlu mengambil tahu tentang semua kos yang berkurangan agar kita boleh menjimatkan kos.

        sampai disini sahajalah pendapat saya, kesimpulannya, pekerjaan dalam bidang akaun ini sememangnya luas dan banyak jawatan yang boleh kita duduki.




By: NURUL SITI FAZLYANA BINTI MAZIN  (DPA360300)

         

No comments:

Post a Comment