AKAUN IALAH 1 BIDANG YANG LUAS


Tuesday, September 25, 2012

Hafal Format Penyata Kewangan, Aduh!


 selamat petang semuaaa..



Erm, satu topik yang menarik. Dunia ini ada 2 kumpulan manusia, kumpulan pertama, tak perlu hafal tapi boleh ingat, kita panggil sebagai genius; kumpulan satu lagi, hafal separuh mati tapi tak pandai ingat, kita panggil sebagai Sindrom Lupa-lupa (kurang kromosom yang tak tahu ke-berapa xp).
Selalunya guru meminta pelajar hafal format, beritahu lagi kepentingan menguasai format penyata kewangan, tapi selalunya hanya 2 3 orang saja yang dapat hafal. Macam mana dengan yang lain?

Cuba kita flash back, semasa guru kita suruh kita menghafal format, keadaannya macam mana?
'Kelas, mesti hafal, tak hafal tak boleh jawab SPM.;
'Cari jalan sendiri untuk hafal, kalau tidak sendiri susah nanti.';
Macam-macam lagi la kan. Tapi ada satu persamaan antara semua situasi ini, iaitu guru membiarkan pelajar menghafal! Guru tak kisah kita hafal macam mana, bila dan di mana, yang penting, bila dia mahu tanya, kita boleh muntah semula format itu. Betul kah, para pembaca?

Kumpulan genius memang tak ada masalah lah, suruh dia hafal satu kamus pun kacang saja. Tapi kumpulan Sindrom Lupa-lupa? Di sini lah sebenarnya peranan sebagai guru akaun perlu bertindak.
Hafal itu sebenarnya tak masalah bagi sesiapa pun. Cuma pelajar akan 'stuck' atau tersangkut pada tempat tertentu saja. Biarlah saya gelar tempat 'stuck' itu sebagai bottleneck. Bottleneck adalah tempat atau bahagian di mana pelajar rasa keliru ataupun ada perkataan baru yang dia tak pernah nampak sebelum ini. Cuba kita analisis sedikit di sini.

Katakan kita nak membantu pelajar menghafal format Akaun Perdagangan. saya pasti, semua pelajar memang expert sebelah kredit punya, betul kan? Kenapa? sebab cuma ada JUALAN - PULANGAN JUALAN - DISKAUN DIBERI sahaja! Memang semua boleh ni. Jadi kredit Ak PD selesai. Cuba tengok sebelah debit. Bagitahu debit mula dengan STOK AWAL, kemudian BELIAN - PULANGAN BELIAN - DISKAUN DITERIMA. Stop di sini sekejap. Tanya pelajar. Ada persamaan tak antara debit dengan kredit? Ada! Antonim ma kan? BELIAN x JUALAN, PULANGAN BELIAN x PULANGAN JUALAN, DISKAUN DITERIMA x DISKAUN DIBERI. Berikan dia sehelai kertas, suruh dia tulis semula setakat yang dia sudah tahu. Kalau OK, teruskan, kalau KO, cuba ulang semula proses. (kena ada kesabaran o...)
Saya percaya, di bawah Belian semua itu, sampailah bottleneck pelajar. Bagi pelajar, DUTI IMPORT, KOS BELIAN, KOS BARANG UNTUK DIJUAL, KOS JUALAN semua ini adalah haiwan yang paling ganjil di dunia. Jadi, di sini lah, guru perlu merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengatasi bottleneck mereka. Ada pelajar yang baik punya, dorang akan cipta sendiri untuk ingat, JANGAN menghalang, sebab itu adalah cara dia, yang penting dia dapat manfaatkan cara dia itu, kita sebagai guru sepatutnya jangan kritik dan jangan halang.
Jadi, macam mana mahu bantu mereka atasi bottleneck? Kalau rajin, ada seribu jenis cara, kalau malas, setengah cara pun tak ada. faham maksud saya kan? :)

Yang saya nak highlight di sini ada 2 perkara saja:
1) sentiasa bersama pelajar;
2) membuat analisis untuk mengenal pasti bottleneck bagi setiap tugasan dan rancang aktiviti untuk mengatasi bottleneck tersebut
Bagi pelajar pula, kena menggunakan kreativiti sendiri untuk membantu sendiri dan rakan-rakan mengatasi bottleneck. Pembelajaran secara berkongsi ilmu adalah yang paling seronok di dunia. Contohnya, mungkin boleh menggunakan teknik mnemonik untuk menghafal format. Boleh berjumpa denagn guru juga untuk membincangkan bottleneck itu.


BY : NUR SYAFIQAH MOHAMED ( DPA360294 )

No comments:

Post a Comment