assalamuailaikum dan salam sejahtera, Disini saya ingin berkongsi cerita mengenai "Kerjaya Sebagai Akauntan"..Untuk pengetahuan semua akauntan ni banyak tugas yang perlu di lakukan antara tugas-tugas sebagai seorang akauntan mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain .
· Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan.
·
Kerjaya sebagai seorang akauntan ni mestila cekap dan teliti dalam membuat sesuatu kerja. Dengan Pelbagai tugas kita boleh lakukuan. Hal ini banyak perkerjaan yang boleh dilakukan sebagai seorang akauntan antaranya adalah juru audit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan banyak lagi.
Untuk menjadi seorang
akauntan hendaklah mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan
ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya
pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai
“.
Prospek Kerja
Kebiasaanya lulusan ini
berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam,
jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa
tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan
industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi.
Untuk kerjaya penolong
akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Cuma
perbezaan adalah kerja-kerja pembantu untuk tugas-tugas Pegawai akauntan. Dari segi kelulusan pula
berbeza dengan penolong akauntan ini perlu mempunyai diploma. Diploma yang
berkaitan seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, pengajian
perdagangan atau setaraf.
Antara tugas kerani akaun ialah :
· Mencatatkan, memasukkan
dalam rekod perakaunan dan simpanan kira
· Membuat pengiraan yang
sewajarnya
· Melaksanakan fungsi
perakaunan dan simpanan kita yang terhad
· Mengira kos pengeluaran
dan pengendalian
· Menyediakan senarai gaji
dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod
berkanun.
· Menyediakan invois,
menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan
menunaikan cek.
· Memeriksa, menilai dan
memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat
pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
create by : SAKILANIDAATIKA BINTI IMAM BASURI (DPA 360295)
No comments:
Post a Comment