hai !! siapa minat dalam bidang perakaunan?? dan yang paling penting berminat lah nak menjadi seorang akauntan??? haa,, apa kata anda semua baca berkaitan akauntan di bawah..
Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.
Perkembangan pesat sektor ekonomi dan
perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada
lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi
peranan bidang ini dan segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah
organisasi.
Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh
universiti/institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan
ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan
menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan
melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya
program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf
profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah
distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat,
pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan
organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama
ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi
awam atau swasta.
Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah
perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian,
perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan
perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan
perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.
Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berkeupayaan
memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat
pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus.
Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan
swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang
pendidikan, pembangunan hartanah dan dunia pelaburan.
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam
Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran
Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu
kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi
sektor awam atau swasta.
BY: NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMED ( DPA360294 )
No comments:
Post a Comment