ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Menurut pendapat saya, peluang pekerjaan dalam bidang akaun ini adalah sangat meluas. Ini kerana kesemua pekerjaan memerlukan seseorang yang pakar dalam bidang perakaunan untuk menguruskan kewangan dalam suatu pekerjaan.
Jika dalam suatu pekerjaan tidak
mempunyai seorang akauntan maka, keadaan kewangan syarikat atau apa sahaja
pekerjaan akan menjadi kucar kacir. Pekerjaan dalam bidang perakaunan juga
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, analisis bajet, kewangan, pencukaian,
pengauditan, pengurusan perakaunan dan
lain-lain lagi.
Pekerjaan yang memerlukan
perkhidmatan seorang akauntan ialah sektor perindustrian,perdagangan,
perbankan, sektor awam di jabatan kerajaan atau swasta dan badan berkanun.
Selain itu, pekerjaan dalam bidang
akaun ini dikatakan sangat meluas kerana pekerjaan ini memerlukan seseorang
yang pakar dalam perakaunan agar pekerjaan menjadi lebih sempurna dan teratur.
Bukan mudah untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya jika tiada pengalaman
dalam bidang ini.
Di samping itu, gaji yang ditawarkan
kepada para akauntan adalah sangat tinggi, itu juga merupakan salah satu sebab
peluang pekerjaan dalam bidang akaun ini meluas. Pada masa kini, banyak pihak
kerajaan dan pihak swasta memerlukan perkhidmatan akauntan untuk menguruskan
kewangan syarikat mereka untuk dikemaskinikan supaya lebih teratur dan supaya
boleh mengetahui duit keluar dan masuk.
by: Nurul Siti Fazlyana Binti Mazin (DPA 360300)
No comments:
Post a Comment