ASSALAMUALAIKUM SEMUA…….
Antara
pekerjaan paling berprestij dalam industri kewangan adalah menjadi seorang
akauntan. Ramai bercita-cita menjawat jawatan itu, namun memerlukan panduan
bagaimana untuk mencapainya. Ini terutama bagi pelajar sekolah menengah yang
baru menamatkan alam persekolahan dan ingin masuk ke dalam bidang profesional
tersebut.
Proses
mencapai cia-cita sebagai akauntan mungkin mengambil masa lama jika
dibandingkan beberapa bidang namun ia berbaloi terutama kepada mereka
benar-benar berminat. Untuk menjadi akauntan yang Berjaya, seseorang perlu
mempunyai kualiti,sikap mementingkan penelitian terhadap sesuatu perkara. Mereka
perlu menanam sikap suka member perhatian pada maklumat terperinci dan perkara
kecil yang selalunya terlapas pandang oleh pihak lain.
Perkara paling penting dalam usaha
mencapai cita-cita ini adalah pencapaian dalam bidang matematik yang cemerlang.
Oleh itu,pelajar perlu meningkatkan penguasaan dalam matematik pelajar yang
ingin mejadi akauntan dinasihatkan mendapat nasihat berkaitan kelas yang perlu
diambil dan mata pelajaran yang diberi penekanan dalam usaha menyiapkan diri
memasuki kolej seterusnya mendapatkan segulung ijazah perakaunan.
Akauntan selalunya bekerja dalam firma
swasta, perniagaan komersial sector awam
dan organisasi industri. Tugas akauntan bukan sekadar mengeluarkan laporan
kewangan. Akauntan bertugas menyediakan penyata kewangan dan bajet, cukai
korporat dan individu, menganalisis maklumat kewangan, merancang strategi
kewangan dan merangka kawalan dalaman syarikat.
Oleh itu, akauntan memerlukan kemahiran
bukan saja dari segi menggunakan aplikasi computer dengan baik,malah perlu
bagus dalam bidang komunikasi secara lisan dan penulisan.
created by: DALIATON BTE ABDUL MANAP
No comments:
Post a Comment