AKAUN IALAH 1 BIDANG YANG LUAS


Tuesday, September 25, 2012

Hafal Format Penyata Kewangan, Aduh!


 selamat petang semuaaa..



Erm, satu topik yang menarik. Dunia ini ada 2 kumpulan manusia, kumpulan pertama, tak perlu hafal tapi boleh ingat, kita panggil sebagai genius; kumpulan satu lagi, hafal separuh mati tapi tak pandai ingat, kita panggil sebagai Sindrom Lupa-lupa (kurang kromosom yang tak tahu ke-berapa xp).
Selalunya guru meminta pelajar hafal format, beritahu lagi kepentingan menguasai format penyata kewangan, tapi selalunya hanya 2 3 orang saja yang dapat hafal. Macam mana dengan yang lain?

Cuba kita flash back, semasa guru kita suruh kita menghafal format, keadaannya macam mana?
'Kelas, mesti hafal, tak hafal tak boleh jawab SPM.;
'Cari jalan sendiri untuk hafal, kalau tidak sendiri susah nanti.';
Macam-macam lagi la kan. Tapi ada satu persamaan antara semua situasi ini, iaitu guru membiarkan pelajar menghafal! Guru tak kisah kita hafal macam mana, bila dan di mana, yang penting, bila dia mahu tanya, kita boleh muntah semula format itu. Betul kah, para pembaca?

Kumpulan genius memang tak ada masalah lah, suruh dia hafal satu kamus pun kacang saja. Tapi kumpulan Sindrom Lupa-lupa? Di sini lah sebenarnya peranan sebagai guru akaun perlu bertindak.
Hafal itu sebenarnya tak masalah bagi sesiapa pun. Cuma pelajar akan 'stuck' atau tersangkut pada tempat tertentu saja. Biarlah saya gelar tempat 'stuck' itu sebagai bottleneck. Bottleneck adalah tempat atau bahagian di mana pelajar rasa keliru ataupun ada perkataan baru yang dia tak pernah nampak sebelum ini. Cuba kita analisis sedikit di sini.

Katakan kita nak membantu pelajar menghafal format Akaun Perdagangan. saya pasti, semua pelajar memang expert sebelah kredit punya, betul kan? Kenapa? sebab cuma ada JUALAN - PULANGAN JUALAN - DISKAUN DIBERI sahaja! Memang semua boleh ni. Jadi kredit Ak PD selesai. Cuba tengok sebelah debit. Bagitahu debit mula dengan STOK AWAL, kemudian BELIAN - PULANGAN BELIAN - DISKAUN DITERIMA. Stop di sini sekejap. Tanya pelajar. Ada persamaan tak antara debit dengan kredit? Ada! Antonim ma kan? BELIAN x JUALAN, PULANGAN BELIAN x PULANGAN JUALAN, DISKAUN DITERIMA x DISKAUN DIBERI. Berikan dia sehelai kertas, suruh dia tulis semula setakat yang dia sudah tahu. Kalau OK, teruskan, kalau KO, cuba ulang semula proses. (kena ada kesabaran o...)
Saya percaya, di bawah Belian semua itu, sampailah bottleneck pelajar. Bagi pelajar, DUTI IMPORT, KOS BELIAN, KOS BARANG UNTUK DIJUAL, KOS JUALAN semua ini adalah haiwan yang paling ganjil di dunia. Jadi, di sini lah, guru perlu merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengatasi bottleneck mereka. Ada pelajar yang baik punya, dorang akan cipta sendiri untuk ingat, JANGAN menghalang, sebab itu adalah cara dia, yang penting dia dapat manfaatkan cara dia itu, kita sebagai guru sepatutnya jangan kritik dan jangan halang.
Jadi, macam mana mahu bantu mereka atasi bottleneck? Kalau rajin, ada seribu jenis cara, kalau malas, setengah cara pun tak ada. faham maksud saya kan? :)

Yang saya nak highlight di sini ada 2 perkara saja:
1) sentiasa bersama pelajar;
2) membuat analisis untuk mengenal pasti bottleneck bagi setiap tugasan dan rancang aktiviti untuk mengatasi bottleneck tersebut
Bagi pelajar pula, kena menggunakan kreativiti sendiri untuk membantu sendiri dan rakan-rakan mengatasi bottleneck. Pembelajaran secara berkongsi ilmu adalah yang paling seronok di dunia. Contohnya, mungkin boleh menggunakan teknik mnemonik untuk menghafal format. Boleh berjumpa denagn guru juga untuk membincangkan bottleneck itu.


BY : NUR SYAFIQAH MOHAMED ( DPA360294 )

 assalammualaikum..

   hai !! siapa minat dalam bidang perakaunan?? dan yang paling penting berminat lah nak menjadi seorang akauntan??? haa,, apa kata anda semua baca berkaitan akauntan di bawah..


   Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.


   Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi  pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

 Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.

   Kursus-kursus dan program perakaunan telah distruktur­kan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.

  Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang­-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

  Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya ber­keupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan har­tanah dan dunia pelaburan.
  
   Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.

BY: NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMED ( DPA360294 )


Friday, September 21, 2012

*•❤Bidang Perakaunan Banyak Cabangnya*•❤


     Assalamualaikum, 
       Hai saya nak kongsi cerita mengenai bidang perakaunan banyak cabangnya. harap semua mendapat tahu serba sedikit mengenai perakaunan kewangan ini.

       Secara umumnya dalam bidang perakaunan yang banyak cabangnya antaranya adalah perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian dan pengauditan. Perakaunan melibatkan aktiviti transaksi harian perniagaan seperti penjualan, pembelian, penerimaan dan pembayaran ke dalam akaun-akaun berkaitan.



Jadi, apa yang diperlukan untuk menjadi akauntan dan mengikuti kerjaya ini?

akauntan boleh mempunyai kepakaran analisis dan teknikal yang baik dalam sistem perniagaan. Bakat matematik yang baik juga perlu ada untuk menjadi seorang akauntan. Dan, kerana komputer kini salah satu medium yang digunakan dalam mengira, anda juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran operasi komputer.

 
Anda juga boleh meneruskan kerjaya sebagai akauntan ini jika anda mengikuti kursus perakaunan melalui pembelajaran jarak jauh atau melalui internet.

     selain itu juga, seorang akauntan memerlukan akreditasi atau lesen organisasi tertentu, seperti CPA dan harus mempunyai lesen oleh Lembaga Perakaunan Negeri. Kebanyakan syarikat juga memerlukan pekerja melengkapkan beberapa jam semester serta jam kerja, yang dipertimbangkan untuk ijazah sarjana muda. Jika ingin menjadi seorang akauntan awam, mestilah menjadi  sebagai pelatih setelah tamat pengajian. Untuk pelajar yang sudah tamat pengajiannya biasanya akan memulakan kerjaya  sebagai juruaudit dalaman yang rendah atau sebagai kos akauntan.
     Ia adalah disyorkan bahawa seorang akauntan perlu mempunyai ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan atau MBA kerana ia amat diminati oleh lebih banyak syarikat yang mencari akauntan sebagai sebahagian daripada pekerja-pekerja mereka.
       Sepanjang perjalanan kerjaya sebagai akauntan, boleh mendapat kenaikan pangkat seperti kedudukan ketua pegawai kewangan yang membentangkan banyak peluang yang lebih besar untuk kerjaya.
       selain itu juga boleh bekerja di pejabat perundangan. seorang akauntan boleh bekerja sebagai juruaudit, pegawai kewangan, penganalisis bajet, akauntan pengurusan, dan malah sebagai akauntan cukai.Kebanyakan syarikat yang mencari akauntan cukai akan lebih suka akauntan yang berlatar belakang undang-undang.
        Perakaunan forensik adalah satu lagi kerjaya yang menjanjikan peluang yang cerah untuk akauntan. untuk pengetahuan semua , yang berkerjaya sebagai perakaunan forensik akan menyiasat jenayah seperti penipuan dalam kewangan syarikat. Jika mempunyai kepandaian khusus untuk mengajar, kerjaya ini boleh mengajar subjek yang berkaitan dengan perakaunan di kolej. Ini adalah satu pilihan kerjaya yang hebat dan banyak akauntan merasakan bahawa kerja ini benar-benar dapat memberi kepuasan. Cuma ingat bahawa dalam profesion ini, hendaklah perlu bermula dengan perlahan. Jika baru memulakan kerjaya sebagai akauntan, cuba bermula sebagai pelatih dan membina pengalaman bekerja sehingga tercapai laluan kerjaya yang ingini.

Perakaunan atau kerjaya perakaunan adalah kerjaya yang menjanjikan banyak peluang yang hebat. Oleh itu, sesiapa yang berminat dalam bidang perakaunan ini pasti akan mendapat kejayaan dalam bidang Perakaunan.


sekian terima kasih,


create by : SAKILANIDAATIKA BINTI IMAM BASURI (DPA 360295)




Perakaunan Pengurusan dan Pengurusan Kewangan???!!!!


Chaaakkkk!!!!! hai semua,, bertemu kita lagi di sini,,, mesti sudah banyak anda tahu tentang apa itu perakaunan kan,,!!! ha,,, saya nk tambah la sikit tentang akaun nie,, dalam bidang akaun di alam pekerjaan nanti anda akan di dedahkan dengan bahagian-bahagian akaun antara yang utama ialah perakaunan PENGURUSAN dan perakaunan KEWANGAN... Perbezaan antara kedua-dua perakaunan ini ialah :

1) Pengguna maklumat
2) Penekanan terhadap masa
3) Releven dalam sesuatu data
4) Ketetapan data dengan ketetapan masa laporan
5) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit
6) Keperluan peraturan dan undang-undang

1) Pengguna maklumat
             Laporan perakaunan kewangan disediakan untuk pihak luar, sedangkan laporan perakaunan  
             pengurusan disediakan untuk pengguna dalaman.

2) Penekanan terhadap masa
              Perakaunan kewangan meringkaskan urus niaga lalu. Perakaunan pengurusan mempunyai orientasi 
              masa depan yang kukuh.

3) Releven dalam sesuatu data
              Data perakaunan kewangan perlu objektif dan disahkan. Akauntan pengurusan memberi tumpuan 
              kepada menyediakan data yang relevan walaupun ia tidak benar-benar objektif atau disahkan.

4) Ketetapan data dengan ketetapan masa laporan
              Perakaunan kewangan memberi tumpuan kepada ketepatan apabila melaporkan kepada pihak luar. 
              Pengurusan perakaunan pembuat keputusan membantu dengan memberikan anggaran yang baik 
              secepat mungkin dan bukannya menunggu untuk data yang tepat kemudian.

5) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit
              Perakaunan kewangan adalah berkenaan dengan pelaporan bagi syarikat secara keseluruhannya.  
              Perakaunan pengurusan lebih tertumpu pada segmen syarikat. Contoh segmen termasuk barisan 
              produk, wilayah jualan, bahagian, jabatan, dan lain-lain

6) Keperluan peraturan dan undang-undang
               Perakaunan kewangan mematuhi GAAP. Perakaunan pengurusan tidak terikat dengan GAAP.
               Perakaunan kewangan adalah wajib kerana pelbagai pihak luar memerlukan penyata kewangan 
               berkala. Perakaunan pengurusan tidak adalah wajib.

                                                                                               NOORAISHAH BT M. HUSSIN (360298)

Nurul Athirah Binti Mohd Atan


Assalamualaikum
Hai kawan kawan, saye Nurul Athirah binti Mohd Atan menuntut di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim dalam jurusan Diploma Pengurusan Perakaunan.

Kawan kawan tahu tak kenape saye mengambil keputusan untuk memilih jurusan perakaunan? Semuanya kerana saya amat berminat untuk menjadi seorang Pegawai Bank kelak.  

Insya-Allah... Hehe.. Moga angan-angan saye ini tercapai.
Tambahan pula, jurusan perakaunan ini menawarkan banyak peluang pekerjaan.  jadi tak adalah saye pening kepala nak cari sesuatu pekerjaan kelak..

kita hanya merancang , Allah yang menentukan.
tak salah kalau merancang untuk kebaikan masa hadapan kan . 
jadi tak payah takut untuk menceburi bidang perakaunan iyee kawan kawan .


PERKONGSIAN SAYA TENTANG AKAUN


HAI kawan-kawan,,bidang perakaunan merupakan salah satu bidang profesional yang paling tua di dunia ini.Setiap tamadun terkemuka baik baik tamadun Barat,China,India,mahupun Arab mempunyai peranan dalam kemajuan bidang perakuannya.Bidang perakuanan merupakan salah satu bidang yang merapatkan hubungan dengan kegiataan perdagangan dan juga perniagaan.Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta aggaran belanjawa, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.


Tanbahan pula,akauntan negara kita boleh menjadi ahli dalam Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau Kementerian Kewangan Malaysia.

Seterusnya,saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan saya dalam bidang akaun ini.Saya merupakan seorang pelajar jurusan sains tulen tetapi apabila tibanya keputusan untuk memilih bidang yang ingin saya teruskan untuk menuntut di kolej.Saya dapat idea why not me 'try accounts field and i take decision to get into this field with full of interest even i have dont have any basic'.Oleh hal yang demikian,saya menjurus diri saya dalam bidang akaun dan saya percaya bak kata pepatah kalau tak kenang,maka tak cinta dengan ini saya mula mencintai bidang akaun dan saya percaya atas kata pisiologi Inggeris Napeolen Ill "whatever mind conceives man can achieve" di mana saya menanam dalam diri saya akaun ialah satu bidang yang luas dan saya sedar bahawa peluang pekerjaan dalam bidang ini amat luas,bukan sahaja kita boleh bekerja bawah orang lain tetapi boleh membuka "firm" sendiri.

Jadi pendapat saya kepada rakan-rakan....sesiapa yang berminat dalam bidang akaun hanya juruskanlah diri anda dalam bidang ini.Saya tahu ramai berfikir...ehhhh..akaun ini susah lah,banyak kena kira tetapi pengiraan itu memang seronok dan otak kita akan set untuk mencari jawapan sehingga ke akhir calculation....Mari lah cuba cebur bidang ini,jangan risau tentang masa depan anda kalau ceburi bidang ini...masa depan memang terang-menderang.

written by:saraswathi(360297)



Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan



perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi.  hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.  apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanjawan supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan
Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:

Apakah tugas sebagai akauntan?
Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?
Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?
Apakah kelulusan untuk memohon akauntan?
Lepas belajar kerja dimana?
Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?
Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?

Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kerjaya Sebagai akauntan
Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Tugas Akauntan


  • · Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • · Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
  • · Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
  • · Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
  • · Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • · Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
  • · Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.

Kelayakan Am Pengajian
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.


NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ATAN (360292)©

*•❤•Program Perakaunan Banyak Peluang Pekerjaan*•❤•


      Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

        Cerita saya mengenai peluang perkerjaan dalam bidang perakaunan tidak habis lagi. Saya ingin berkongsi lagi cerita ini kepada yang mengunjungi blog ini. Perakaunan adalah merupakan satu bidang yang amat penting. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.

Perkembangan yang pesat di sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi  pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

             Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti atau instusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping itu juga bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti atau IPT berupaya mengeluarkan siswa dan siswi bertaraf profesional di bidang perakaunan sepadan dengan keperluan negara.

Kursus-kursus dan program perakaunan telah diklasifikasikan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.
  
            Antara kursus yang perlu diambil semasa pengajian adalah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang­-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

            Lulusan yang mengikuti program ini mempunyai ber­keupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan har­tanah dan dunia pelaburan.

             Dengan pelbagai kursus yang diambil semasa melanjutkan pelajaran di universiti atau institusi banyak pelung perkerjaan di sektor awam atau swasta. Dalam bidang perkaunan juga peluang perkerjaan yang paling utama adalah berkerja di bank. Tetapi tidak semestinya di bank sahaja di syarikat besar atau Kementerian Dalam Negeri juga banyak kerja yang boleh dilakukan tidak. Dalam bidang akauntan banyak cabang tidak semestinya menjadi seorang akauntan. selain menjadi akauntan , juru audit , kerani akaun dan lain-lain.

Antara ciri-ciri peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang ialah seperti berikut:

(i)                 Berminat dengan profesion ini
(ii)               Berpengetahuan di bidang matematik
(iii)             Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan perdagangan
(iv)             Mempunyai pengetahuan tentang komputer



create by : SAKILANIDAATIKA BINTI IMAM BASURI (DPA 360295)

PERAKAUNAN BIDANG YANG SANGAT LUAS.

ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,


        Pada pendapat saya, bidang perakaunan ini adalah salah satu bidang yang terhangat di perkata kan pada masa kini. Ini kerana, bidang ini amat di perlukan pada masa kini.

         Bidang perakaunan merupakan salah satu pekerjaan yang amat di perlukan ketika ini. Apa- apa pekerjaan memerlukan seorang akauntan dalam suatu pekerjaan. Pekerjaan ini amat di perlukan untuk menyediakan pelbagai penyata tentang kewangan.

          selain daripada itu, seorang akauntan bukan sahaja tugasnya untuk mengawal kewangan atau membuat penyata kewangan sahaja tetapi, seorang akauntan juga boleh menjadi seorang penyiasat tentang kewangan.

          Di samping itu, tugas seorang akauntan juga ialah harus mengenalpasti di bahagian mana yang mempunyai kekurangan kos dan sebagai seorang akauntan, kita perlu mengambil tahu tentang semua kos yang berkurangan agar kita boleh menjimatkan kos.

        sampai disini sahajalah pendapat saya, kesimpulannya, pekerjaan dalam bidang akaun ini sememangnya luas dan banyak jawatan yang boleh kita duduki.




By: NURUL SITI FAZLYANA BINTI MAZIN  (DPA360300)

         

BIDANG PERAKAUNAN ADALAH BIDANG KERJA YANG LUAS.

         
 ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

         Pada pendapat saya, Dalam dunia perakaunan terdapat pelbagai jawatan yang boleh kita duduki, ini menandakan bahawa pekerjaan dalam bidang akaun ini sangat meluas. tugas seorang akauntan semestinya amat rumit kerana ia telah melibatkan keluar masuk kewangan dan kerja ini amat berisiko tetapi tidak menghalang kepada siapa-siapa yang minat akan akaun.

            tugas seorang akauntan adalah sangat berat, jadi kita memerlukan minat dan serta pengalaman untuk menjadi seorang akauntan. pada masa kini, kesemua pekerjaan memerlukan sekurang-kurangnya seorang akauntan yang mahir untuk mengawal kewangan sesuatu kerja itu.
            
             Kebanyakkan pekerjaan dalam bidang akaun ini secara keseluruhannya melibatkan kewangan semata-mata. Akauntan memainkan peranan yang sangat penting dalam pekerjaan ini. tugas ini amat mencabar dan memerlukan akal fikiran yang kuat.

           Pada masa kini, pasaran kerja untuk pekerjaan dalam bidang akaun terlalu luas ini kerana ramai graduan pada masa kini menamatkan pengajian mereka dalam bidang perakaunan. Lebih penting lagi, gaji yang ditawarkan kepada para akauntan adalah sangat tinggi.


            Jika kita membuka perniagaan sendiri, kita juga boleh menggunakan perkhidmatan kita sendiri sebagai seorang akauntan. di sini, terbuktilah yang pekerjaan dalam bidang perakaunan adalah sangat luas.



By: NURUL SITI FAZLYANA BINTI MAZIN (DPA360300)

Thursday, September 20, 2012

Akauntan



Akauntan menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga mengira kos dan keuntungan, mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai, pengurusan pekerja.

Apabila anda mula mempertimbangkan kerjaya dalam bidang perakaunan, mungkin semasa berada di tahun akhir pengajian anda berfikir bahawa anda hanya layak menjadi seorang akauntan sahaja. Memang benar anda boleh mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan dan menjadi seorang akauntan umum, memandangkan ia merupakan salah satu daripada banyak pilihan yang sedia ada. Sebenarnya terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan seperti pengauditan, pengurusan dasar, sistem maklumat, cukai, operasi komputer, dll.

Bidang utama bagi Kerjaya Perakaunan

Audit: Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet: Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.

Kewangan: Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.

Pengurusan Perakaunan: Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Cukai: Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

Jenis-jenis Kerjaya Perakaunan

Firma Perakaunan: Satu kumpulan akauntan bekerja dalam satu firma yang menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Terdapat beberapa firma utama yang dominan dalam bidang ini. Kerjaya perakaunan awam akan memberi anda permulaan yang baik di mana anda boleh mendapat menimba pengalaman sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.

Kerajaan: Akauntan Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.

Sektor Korporat: Kebiasaannya mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.

Bebas: Bekerja sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda sendiri.
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menyediakan Kursus Perakaunan peringkat Ijazah & Diploma:-

Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Islam Antarabangsa                                                                                                                                                                                                                                                             
NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ATAN (360292)©

KERJAYA AKAUNTAN LEBIH MENARIK

Selamat petang,,,,,salah satu kerjaya yang menarik ialah akauntan jika seseorang lebih suka untuk mengira.Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.


KETERANGAN TUGAS
1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
10. Menyelia pekerja lain.


PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:
1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan, Kos
4. Akauntan, Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun
CIRI-CIRI PERIBADI
Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.
Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.


KELULUSAN
1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)


PROSPEK KERJAYA
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

by:saraswathi a/p muniandy
                                     

 assalammualaikum ...
              Apa khabar semua? terasa ringan pula tangan  ini untuk menjelajah dalam blog ini. nak tanya sikit ni, siapa  minat dalam bidang akaun,,? Bukan apa ada yang berpendapat bahawa bidang perakaunan ni susah, lepas itu ada yang cakap susah nak dapat keje., ishhhhh2,, anda pernah atau tidak menceburi dalam bidang perakaunan ni? tidak elok  menilai tanpa usul periksa. saya sudah mengikuti bidang akaun ini sejak zaman persekolahan lagii. tapi matapelajaran akaun ini memang seronok, sebenarnya tidak susa mana pun, Hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih. :)

           masa zaman persekolahan saya,, saya tidak pernah terniat pun untuk meceburkan diri dalam bidang akaun ni,, entah macam mana dan sudah rezekii saya,, last2 saya tercampak dalam dunia science account.. tapi saya lebih menyerlah dalam bidang akaun ini, First yang saya tertarik dengan bidang akaun ini sebab saya minat cara cikgu akaun saya mengajar saya. Seronok aje,, laju bila cikgu itu mengajar. so,, dari situ lah saya berangan dan tecabar pulak bila cg akaun saya mencabar untuk saya dapat A+ dalam SPM subjct akaun.

             Nak tau tak apa cita-cita saya sebenarnya ?  maluu pulak,,saya nak jadi ustazah sebenarnya. ada ciri-ciri jadi ustazah tak?berangan lebih la?  jika kita minat dalam suatu bidang dan niat kita itu ikhlas,, insyAllah sumuanya berjalan dengan lancar.  pada pendapat saya, bidang perakaunan adalah antara bidang paling besar peluang pekerjaan. kenapa saya boleh cakap seperti ini, sebab setiap kilang, perniagaan, bank pasti memerlukan orang yang mahir dalam kewangan untuk menguruskan suatu perniagaan itu,,

    # p/s : cube dahulu baru tahu,, hihiih <3

                               BY : NUR SYAFIQAH BT MOHAMED ( DPA360294 )